Isnin, 28 November 2011

pEjam CeliK PejAm CeliK... tErSEdaR


mengimbas kembali sewaktu masa dulu.. aku murid yang jahat.. namun aku tetap ade matlamat hidup.. akulah di antara murid jahat yang ade matlamat dan maruah hidup..

setelah sedekad lebih, matlamat itu telah aku gapai.. *dan aku memang sengaja menggunakan ayat sentimental supaya cerita aku mirip mohabbatein.. (sambung balik) bangku sekolah yang rosak dan tak pernah dibaiki itu telah lama aku ditanggalkan.. panasnya telah lama hilang.. panas berganti panas.. siapalah agaknya gerangan yang akan memanaskan kerusi itu lagi.. mungkin kerusi itu sudah dibakar.. siapa tahu



kini usia meningkat ke alam kematangan.. tetapi raut wajah masih lagi kiut.. aku musykil..




ramai rakan seangkatan telah menjadi raja dan permaisuri.. tetapi sayangnya cuma satu hari.. hari-hari mendatang  yang ditempuh, mereka cumalah sekadar pengusaha kilang yang mempunyai sebuah kilang memproses yang cuma beroperasi sekali sekala sahaja..

dan aku masih lagi sendiri dijalan sepi.. mujur jalan itu tidak gelap.. ade cahaya dihadapan.. walaupun kaki ini gigih melangkah... tetapi penghujungnya masih jauh.. saatnya destinasi itu menjadi realiti masih lagi tidak dapat di anggar

relatif masa.. kadang-kadang terasa lambat ~kuliah~.. kadang-kadang terasa cepat ~main game~.. yang pasti pandang ke belakang ternampak sejarah peradaban yang tidak beradab.. yang jauh dihadapan adalah inovasi ciptaan yang perlu direka bentuk.. dan pandang dibawah adalah tapak berdirinya hakikat siapakah anda? jawab sendiri..

Sabtu, 29 Oktober 2011

HIdUP MeMAnG MacAM Ni La



da nama pun kehidupan, memang la macam ni.. kenapa masih nak merungut lagi?

macam la kita sorang yang dapat naseb macam tu.. cuba la luaskan sikit mata tu.. tengok dunia luar.. then, baru kita tahu apa itu kehidupan.. tak semua yang bernasib baik.. malah ada lagi yang lebih teruk nasib dia dari kita..

pilihan semua pada tangan kita.. samada nak kuatkan diri dan teruskan hidup atau bunuh diri dan tamatkan hidup.. semudah ABC kan.. tapi kalau la ia semudah itu

ya, memang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.. so, rancang je la.. kenapa perlu takut.. takut nak berhadapan dengan kenyataan? sudah la..kenyataan tu bukan hantu.. face to face je la dengan die.. apa nak takut.. berani amek risiko berani tanggung la.. kita dekat dunia bukan dekat syurga

yang kaya biarkan la dia dengan hidup dia.. kita kan ada hidup kita sendiri.. kuburkan masing-masing.. tapi ingat, dekat padang mahsyar nanti kita bersama-sama.. maka, buat la keputusan sebijaknya.. bukan hanya menuduh-nuduh dan menunding jari..

lelaki kata perempuan semua sama saja.. perempuan kata lelaki semua sama saja.. jadi kita semua ni memang takde beza la ye?.. memang.. memang kita semua takde beza.. sebab hakikatnya manusia mampu berubah.. samada kembali kepada fitrah kita ataupun sebaliknya.. terpulang

Ahad, 16 Oktober 2011

iNi CeRitA kAsuT saYa SeluAr sAYa



hari tu cerita pasal selipar aku kene curi dekat masjid.. sampai sekarang pencuri tu masih lagi bergerak aktif diluar sana.. biar la dia

sekarang cerita kasut aku kecik sebelah, besar sebelah... naseb baik tak dua-dua belah kanan.. takpon dua-dua belah kiri..

aku pon tak faham, kenapa la keldai sangat dorang sampai boleh bagi salah saiz kat aku.. kaki aku nampak macam OKU ke?

naseb baik kasut tu pakainya dikaki.. kalo pakainya dimulut da lama da aku "pakaikan" kat mulut korang..

alkisah kedua, seluar aku koyak.. mesti korang fikir koyak dekat kelengkang kan.. otak kuning.. seluar aku koyak dekat lutut je la..

sebab tu superman jadik superhero.. bile seluar beliau koyak dekat kelengkang, beliau ade pakai spender di luar dan di dalam seluar beliau..

so, pakai seluar spender di luar bukanlah suatu yang gila sebab itu hanyalah untuk men'triple'kan protection

Sabtu, 24 September 2011

aKu seOraNg PenCuRi



ya.. aku memang jahat.. aku mencuri semalam

disebabkan seliper buruk aku kene kebas dek malaun mana tah.. aku terpaksa la mencuri selipar orang lain.. yela, takkan aku nak balik berkaki ayam je kot.. nanti ape pulak jemaah-jemaah yang lain cakap

aku harap selipar yang aku curi tu adalah hak milik rasmi si malaun tu.. sebab aku rase itu antara selipar yang terburuk kat situ.. antara selipar yang terburuk ye, bukan yang paling buruk.. jangan ingat aku takde taste ok

dan-dan la pulak aku nak balik kampung lepas tu.. so terpaksa la aku pakai selipar jepun yang buruk dan langsung tak bergaya tu.. masa kat TBS aku rase aku sorang je yang berselipar jepun.. tetiba pulak terasa hebat.. rasa macam nak je hentak kaki aku kuat-kuat masa jalan, biar satu TBS tau yang aku ni rare.. rare is handsome ok

sebelum nak balik tu.. aku tunggu la bas kat depan kolej aku.. apsal benda ni pun aku nak citer kan.. gelabah je aku ni.. sebenarnya ada perkara yang berlaku yang aku rase agak dungu dan tak patut dilakukan oleh seseorang yang berpelajaran tinggi macam dorang.. iaitu sekumpulan gadis-gadis yang jalan dekat bahu jalan sambil tergedik-gedik.. da la banyak kete, moto, lori dan bas lalu lalang kat situ.. eh,boleh pulak dorang main selamber je melintas.. lepas tu lintas balik sebelah sini.. macam orang takde arah tujuan je aku tengok.. tau la awak semua tu 1st year tapi tak payah la jadi jakun macam tu sekali.. kat rumah takde jalan raya ke?

berbalik pada tajuk asal.. tetiba je aku rase berdosa.. aku nak mintak maaf pada tuan selipar ni.. ye, memang selipar kau buruk tapi aku terpaksa.. minggu depan aku pulangkan balik ye.. pada pencuri selipar aku tu, satu je pesanan dari aku.. ko memang takde taste




p/s : mataku selalu dihatiku

Rabu, 17 Ogos 2011

sElamAt"kAh" hAri RaYa



semua orang sekarang ni mesti dalam mood raya kan? yela, lagi 2 minggu saja lebih kurang kita nak menyambut hari raya.. dicorong-corong radio pun sudah berkumandang lagu-lagu raya.. ada lagu yang menaikkan semangat kita nak beraya, ada juga yang syahdu bila didengar..

tidak sabar kita nak menyambut hari kemenangan kita kan.. tapi persoalannya layakkah kita nak menyambut hari kemenangan kita itu nanti? persoalan yang lebih sinis lagi, adakah kita benar-benar sudah menang?

untuk menjawab semua persoalan itu, mari kita merungkai perkara-perkara yang biasa kita lakukan

ada di antara kita, sebelum datang ramadhan lagi kita da bersemangat hendak menyambutnya.. semua persediaan dibuat demi menyambut bulan yang mulia ini.. tapi ada juga di antara kita, belum masuk bulan puasa lagi kita sudah memikirkan pasal raya.. tahun ni nak pakai baju apa, nak beli perabot itu ini dan bermacam lagi.. adakah ini dikatakan kemenangan sebenar.. logikkah apabila seseorang itu belum masuk medan pertempuran lagi tapi sudah bersiap sedia untuk menyambut kemenangan dengan begitu meriah sekali?.. satu lagi analogi yang boleh kita buat iktibar ialah jika perdana menteri kita datang ke rumah kita bersama timbalannya sambil perdana menteri itu berjalan dihadapan timbalannya, siapa yang patut kita salam atau sambut dahulu?.. adakah manis jika kita menyambut timbalannya terlebih dahulu? maka, di antara ramadhan dan syawal, siapa yang perlu disambut dahulu?

satu lagi perkara yang kita terlepas pandang ialah semasa menyambut ramadhan.. tentu ramai yang akan berkata, "puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga".. lepas itu ayat itu akan bertukar mnejadi,"wah..banyaknya aku beli juadah kat bazaar ramadhan tadi".. dekat mana selalu kita nampak ayat-ayat itu? dekat mana lagi kalau tidak status facebook kan? apa yang kita boleh jelaskan dekat sini ialah si dia telah kalah dalam peperangan dengan nafsunya.. jadi, layakkah dia nak menyambut hari kemenangan itu nanti?

bila tiba hari lebaran yang dinanti..segala kekalahan-kekalahan akan jelas terlihat apabila zikir, takbir, tasbih, dan tasmid diganti dengan cerita-cerita di televisyen.. yang kanak-kanak pula sibuk menghabiskan mercun-mercun mereka.. ziarah-menziarahi akan ditunda sehingga semua cerita ditelevisyen habis ditonton, mercun habis dibakar.. lebih seronok melihat tarian dan nyanyian berbanding memohon kemaafan

sekarang.. layakkah kita berhari raya? layakkah kita diucapkan dengan ucapan selamat hari raya? atau kita sepatutnya diucapkan dengan ucapan "selamatkah hari raya awak"? maka.. marilah kita sama-sama selamatkan hari raya kita semua

Ahad, 14 Ogos 2011

NikMaT mELihAt Allah SWT



dalam entri yang lepas.. kita dapat tahu bagaimana nikmatnya syurga firdaus itu.. ditambah lagi dengan nikmat melihat Allah swt yang maha agung dua kali dalam sehari..

tapi bagaimana dengan penghuni syurga yang lain?

jangan risau.. sebab diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga..  pada suatu hari yang ditentukan, Allah swt menyuruh malaikat Jibrail untuk membawa semua ahli syurga ke sebuah perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus.. di mana ia terletak di dalam syurga yang bernama syurga Khuldi

di sana, mereka telah dikumpulkan untuk menghadiri suatu perhimpunan agung.. mereka telah diberikan makanan yang lazat.. semakin di makan semakin lazat rasanya.. mereka juga di berikan minuman yang lazat di mana setiap teguk semakin lazat rasanya

kemudian mereka di hadiahkan dengan pakaian syurga oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah swt.. tubuh mereka disaluti dengan perhiasan yang amat baik dan tinggi nilainya.. setiap cincin yang dipakainya tersurat kalimat-kalimat suci yang memuji kebesaran Allah swt. mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata yang bergemelapan

kemudian Allah swt memerintahkan Jibrail untuk memberi pula bau-bauan kepada semua tetamu Allah swt.. maka, muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya.. ia terbang di dalam taman syurga itu sambil mengembangkan sayapnya.. maka terperciklah bau-bauan yang sangat harum

seketika kemudian, secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur.. malaikat Jibrail mara ditengah-tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa as untuk naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab taurat.. Nabi Musa as pun memperdengarkan bacaan taurat dengan lembut dan jelas sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput pula nabi Isa as untuk naik ke mimbar untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil.. setelah itu tibalah giliran Nabi Daud pula untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur.. baginda memperdengarkan bacaan kitab Zabur itu dengan suara yang amat merdu sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput Rasulullah saw untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan suara yang paling merdu yang tidak pernah didengar oleh manusia sebelum ini.

setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia.. tiba-tiba terdengarlah suatu suara yang paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu.. suara itu merupakan 'kalam'(perkataan) Allah swt sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli syurga tersebut..

"Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang telah Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh meminta dan nescaya Aku akan berikan permintaanmu"

jawab ahli syurga berulang-ulang,
"kami minta redhaMu, kami minta redhaMu..."

dijawab oleh Allah swt,
"Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku akan muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima "

maka dibukakan hijab sehingga mereka dapt melihat zat Allah swt yang maha mulia.. maka segeralah mereka bersujud kepada Allah swt sehingga Allah menyuruh mereka,
"angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat"

maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar berbanding nikmat melihat zat Allah swt yang maha mulia.. 

Selasa, 9 Ogos 2011

kElebiHaN sYurgA Firdaus



seperti yang kita tahu, syurga firdaus merupakan tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya.. di atas syurga firdaus ini pula terletaknya arasy Allah..

tapi tahu tak kamu semua bahawa ada lagi keistimewaan syurga firdaus ini selain yang telah disebut di atas tadi.. antara keistimewaan lain syurga firdaus ini ialah penghuninya akan dapat melihat Allah 2 kali dalam sehari..ya, dua kali dalam sehari.. iaitu pada waktu pagi dan petang.. inilah antara nikmat yang paling tertinggi sekali di dalam syurga

segala yang ada di syurga itu adalah indah-indah belaka.. jauh lebih indah dari apa yang kita pernah lihat di muka bumi ini.. tapi perkara yang paling indah di syurga ialah pandangan terhadap Allah swt

adapun cara melihat Allah bukanlah seperti kita melihat dengan mata biasa tapi dengan cara yang telah ditentukan oleh Allah swt

Rasulullah  saw pernah bertanya kepada Jibrail, "hai Jibrail, pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibrail, "bahawa antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangNya."

pernah Nabi Musa as meminta kepada Allah swt untuk mlihatNya. tapi baru saja Allah swt menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu terus bergegar dan hancur sehingga Nabi Musa as jatuh pengsan.

gunung yang kukuh pun hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula kita manusia yang lemah


Rabu, 3 Ogos 2011

sUnGai-Sungai sYuRgA


sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti.. ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti.. terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga.. sungai-sungai tersebut berupa :-

  1.  sungai madu,
  2.  sungai khamar yang tidak memabukkan,
  3.  sungai susu dan
  4.  sungai air jernih 
yang tidak pernah berubah rasanya.. sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkat-tingkat syurga seperti tersebut didalam hadis yang bermaksud

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat yang paling terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arash Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga"
(hadis riwayat Bukhari)


mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT iaitu muqarrabin.. manakala orang-orang yang berbuat baik pula (abrar), maka Allah SWT memberi mereka air yang bercampur kafur iaitu air dingin yang baunya wangi dan zanzabil iaitu air halia yang segar dan wangi..



Sabtu, 30 Julai 2011

CeRitA bOx OffiVE

Cerita-cerita English


1. Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2

2. Kung Fu Panda 2

3. Pirate of Caribbean : On Stranger Tides

 4. Transformers : Dark of The Moon

5. X-MEN First Class








Cerita-cerita melayu


1. KL Gangster


 2. Kongsi

3. Karak

4. Khurafat


 5. 3,2,1 Cinta
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
abes cerita-cerita dalam ni, rangking nombor berapa pulak?


macm-macam cerita ada..
dari zaman dulu sampailah yang akan datang..
senang cita..kini, dulu dan selamanya


sebenarnya
dikesempatan ini aku nak ucapkan
"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak"

sempena bulan yang turunnya Al-Quran ni..
aku nak ajaklah korang sama-sama kita memperbanyakkan membaca Al-Quran..
di samping ibadat-ibadat sunat yang lain
*yang wajib jangan tinggal

Khamis, 21 Julai 2011

eNtri hARi kHaMis

tengah hari tadi aku tido termimpi heliza.. aku bergurau dengan die sambil die memukul-mukul manje bahu aku.. ahhh.. sedapnya.. orang kate kalo mimpi macam tu maknenya dapat anak kembar..betul ke? huhu.. entahlah.. korang doakanlah kebahagian kami k.

ya.. memang hari ini hari kamis.. bagi yang baca entri aku pada hari esok, harap-harap esok tak kiamat lagi.. yela..esokkan jumaat..  kiamat kan berlaku pada hari jumaat.. eh, abes lom sampai 2012 lagi boleh ke kiamat? jangan jadi bengong.. korang kene tipu bulat2 je tu.. kalo betul la, da kompom-kompom semua orang taubat 2012 nanti.. so, moralnya.. bersiap sedia la memandangkan kita sendiri pon tak tau kiamat bila

tapi yang sedihnya.. tak sempat la aku nak kawen dengan heliza nanti.. macam mana kami nak dapat anak kembar ni????hmmm...nanti kompom-kompom la anak aku ikut muka bapak die.. yela, bapak die kan kiut.. kalo tak kiut takkan heliza nak masuk dalam mimpi aku kan.. macam tau2 je dia aku tido tengah hari.. huhu.. esok tengah hari korang jangan kaco aku.. nanti heliza marah.. hahaha

nanti kalo da ade anak.. anak aku nak letak nama ape ye? apekate letak nama bedol.. tak boleh.. tak boleh.. tradisional sangat nama tu... hmmm.. kalo aaron aziz bin nik lan... ah! mana boleh nama anak lagi hot dari bapak die.. adui ! haaa, apakate van diesel.. badan ketak-ketak gitu.. tp van sekarang mana pakai diesel lagi.. hmmm... susahnya nak pikir nama anak ni.. ah! nanti dia da lahir aku suruh je la dia cari nama sendiri.. senang

sebelom dapat anak kene la nikah dulu kan? ermm.. nanti mase kawin aku nak bersanding kat zoo la.. yela, nanti senang, makanan tak abes bagi je kat binatang-binatang kat dalam tu.. orang kita kan suka membazir.. makan selalu tak abes.. air soya satu tong penuh bukan reti nak sedekah.. lebih afdal buang dalam parit dari sedekah dekat orang yang tengok aksi 18SG dia buang air soya dalam parit tu.. at least, aku tak membazir.. aku bagi haiwan makan.. biasalah.. aku kan pencinta haiwan.. ayam yang tak abes nanti bagi makan kat ayam.. daging pulak bagi makan lembu

mas kahwin pulak sekadar yang mampu je la kot.. save bajet.. maklumlah, tiap-tiap tahun anak kembar la katakan..banyak pakai duit.. hehehe.. tak nak la ikut macam artis yang mas kahwin die mesti nak 77,777.77$ .. last-last 7 ari kawin..cerai.. tu yang nombor die tu 7... kalo yang bernombor 1 macam mana pulak? baru 1 ari kawin da cerai.. tu baru betul-betul raja sehari kan..

senang cakap.. artis bukan la idola.. dan memang tak boleh nak di jadikan idola.. tapi kalo nak kawen dengan artis ape salahnyer...kuikuikui


Sabtu, 2 Julai 2011

aPA sEbeNarnYa yAnG KitA nAk?

bercinta bertahun-tahun...putus
berkahwin bertahun-tahun...cerai
"
"
"
"
sebenarnya apa yang tak kene?
"
sebenarnya apa yang kurang?
"
sebenarnya apa yang kita nak?
"
"
"
adakah...
"
"
"
"
"
seorang gadis yang cantik menawan
berperwatakan ayu jelita
senyuman manis semanis madu
bicara lembut selembut bayu
"
tetapi
cukup ke semua tu?
"
"
"
atau
"
"
adakah
"
"
"
"
"
seorang gadis yang bertudung litup
yang pandai menjaga dirinya
baik perwatakan serta akhlaknya
"
"
sudah cukup ke semua tu?
"
"
atau
"
adakah
"
"
"
"
"
seorang gadis bijak dan berdikari
seorang yang mampu bersaing di arena global
intelek dan berkerjaya
serta berjaya dalam mencapai matlamat hidupnya
"
"
"
persoalannya
terjamin ke kebahagiaan?
"
"
"
ini kerana
kita sering lupa tentang sesuatu
sesuatu yang kita sering anggap akar
tunjang kepada diri setiap insan
yang harus dijaga dan dicuci senantiasa
sesuatu yang kita anggap kunci
dan
sesuatu itu
sesuatu yang kita panggil
"
"
"
"
"
hati
"
"
"
maka..jagalah ia
"
"

Rabu, 29 Jun 2011

TiPs nAikKaN 1000 UV sEhaRi



Apa itu 1000 UV.. UV itu bukanlah ultra violet.. apatah lagi ultrman.. kerana ia adalah sesuatu yang lebih hebat dari itu.. ia adalahhhhhhhhhh.. unique visitor! yeah!!!...

Bagaimana saya hendak mendapatkan UV sebanyak itu? caranya gampang sahaja.. anda perlulah mengikut beberapa tips yang saya hendak bagi ini..jom!

  1. pertama sekali buatlah tajuk gempak-gempak macam entri saya pada kali ini.. pasti ramai yang akan teruja untuk membacanya. 
  2. selepas itu copy paste sahaja mana-mana blog yang ada tulis entri mengenai tajuk ini.. gunakan slogan "biar sama asalkan blog popular".. dalam erti kata lain.. popular la sangat.
  3. kemudian pergilah ke blog-blog blogger yang popular.. bodek sikit.. dengan harapan blog anda akan popular lepas tu... haktuih!
  4. anda juga mestilah pandai bermain dengan SEO.. dalam erti kata lain.. copy paste je tajuk entri aku kali ni.
  5. atau pun anda juga boleh mencari populariti murahan seperti mengaku kucing anda sudah tidak ada dara lagi.. anda pasti akan menjadi bahan bualan setiap bangsa manusia tidak kira warna kulit atau cara cebok masing-masing.
  6. blogwalking.. lepas tu anda puji la tuan blog tu lebih-lebih.. dengan harapan dia akan follow anda selepas itu.


Ada bermacam lagi tips yang saya hendak beri.. tapi saya rasa cukuplah dulu setakat ini.. semoga kita berjumpa lagi

Rabu, 22 Jun 2011

ManiSnyA bErCInta

Tengah dengar lagu istimewa-indigo ni.. suwitkan aku?.. sebenarnya banyak lagi lagu jiwang aku kat dalam laptop ni.. ape? Nak sedut?.. ingat dapat..maaf!.. bluwerkk!!

Bila dengar lagu ni.. teringat pulak kat iklan sunsilk.. alaaa.. yang bercinta dalam library tu la.. suwitttkan?? Agak-agaknya macam mana la nanti cinta pandang pertama aku dengan fatin liyana ye.. FL dan FA.. suwittnyerrrr..
Ape?? Korang  taktau FA tu apa? Tu nama aku la.. nak tau? Ek eleh sibuk je nak tau…harharharhar

Tetiba teringat pulak kat mak ayah aku.. macam mana la time dorang kapel-kapel dulu kan.. mesti mak aku blushing-blushing ni.. alaaa..suwitttnyeeee.. tapi aku takut nak tanya.. yela, yang kene lepuknya aku bukan korang.. bese la, mesti dorang malu punya nak cita
Takpe la.. tinggalkan kisah suwit kapel mak ayah aku dulu.. kita cite pasal kita-kita pulak k..

Budak-budak zaman sekarang ni bercinta tak macam orang dulu-dulu.. yela, orang dulu-dulu mana la nak dating-dating sangat.. nak jumpa pun blushing-blushing ni kan pulak nak dating dan berasmaradana.. macam mak aku la.. tapi budak sekarang, baru seminit mintak kapel da tanya esok nak date kat mana.. apekebende la dorang ni
Balak : awak2..jom kapel
Awek : jom! Sy pon gersang jgk tgk awak ni
Balak : esok nak dating kat mana?
Awek : kebun sawit kat belakang rumah sy takde orang..orait x?

Tapi aku takkan buat macam tu.. dengan penuh perasaan angkuh aku nak ngaku sket,aku bukan orang macam tu k.. sapa yang kapel dengan aku nanti mesti bertuah punya lah.. korang tunggu apa lagi.. mintak la kapel cepat! Kah3.. eh, kejap2..yang laki tu nak mintak kapel jugak pehal? Nak kene potong anu? Gampang.. lu gi la cari pempuan bro.. lu tu kan jantan..
 Ah! takde mood la nak tulis lagi.. ni semua salah lu la bro..

Layan lagu percayalah-siti nurhaliza lagi best


Ahad, 19 Jun 2011

terDeSak + MeNdEsaK + DidEsAk

bulan lepas member aku tanya "kenapa ko taknak buat pesbuk?".. aku cuma gelak gelak manja.. beberapa hari sebelom bulan lepas member aku yang lain pulak cakap "wei, buat la pesbuk..nanti senang orang nak kontek".. aku tersengih comel.. beberapa bulan sebelom bulan lepas member aku yang lain pulak tegur(awek comel) "awak ada pesbuk tak? nanti nak tag gambar".. mata aku terkebil-kebil kemaluan..

bukannya aku taknak buat.. bukannya aku tak minat.. bukannya aku takde nafsu.. bukannya aku takut.. bukannya aku tak sudi.. bukannya aku tak aptudet.. bukannya aku malas.. bukannya no 8... tapi.. tapi.. tapi..haaaiiiiiiyyyyy

kalo aku buat pesbuk nanti mesti ramai awek-awek shawl yang berebut-rebut nak add aku.. aku takut aku tak dapat nak layan dorang secara adil je.. mesti ada hati yang terguris nanti.. hmmmm... aku taknak la jadi punca pergaduhan.. tu baru awek shawl.. belum lagi awek legging.. awek bertudung litup macam mana pulak.. haaaaiiiiiyyyy... makin di pikir makin semak kepala hotak aku ni..

kadang-kadang ade jugak aku terpikir.. macam mana kalo ade peminat aku yang buat fan page untuk aku nanti.. boleh ke aaron aziz nak cari makan lepas tu?.. hmmm.. mesti ramai jugak yang nak buat profile page yang palsu guna info aku kan?.. mesti majalah mangga tipon aku nanti.. yela, nak amek kat gambor tepi kolam.. maklumlah, badan aku kan ketak-ketak.. tah2 fatin liyana pon nak ajak aku kapel nanti kot.. abes macam mana dengan heliza aku.. abang salleh tolong bagi tunjuk ajar sket.. adui.. pening2

hmmmm... nak buat ke x? nak buat ke x? nak buat ke x?


susah jugak nak buat keputusan ni.. takpe la.. korang bagi la aku masa 2 tahun untuk aku pikir k.. hmmm

Rabu, 15 Jun 2011

KitA nAk caKaP siKiT Ni



awak...awak
kita kan....kita kan
kita tak suka la kalo awak tinggalkan link churp2 n nuffnang awak kat chatbox kita
kita rasa cam nak belanja je awak kek gulung perisa tahi bila awak buat macam tu kat chatbox kita
ke awak nak ubat gegat?
ok2..kalo macam tu saya bagi awak ubat gegat campur ubat nyamuk campur tahi.... nak?

kenapa awak buat macam tu ek?
nak kaya sangat ke?
kenapa tak join MLM je?
ohhh...
takut kene tipu eh
abes yang awak tipu kita and orang lain tu takpe pulak
ohhh...
awak nak main2 je
awak suka gurau2 eh
hmmm...apekata kalo kita simbah asid kat muka awak gurau2 nak?
alaaa....kita nak gurau2 je

da tu
janganlah sesuka hati awak je buat macam tu kat blog saya k
pk jugak perasaan orang lain
jgn asek pk pasal duit awak je tau
tak ke mana pon duit tu
kalo saya tak halal kan macam mana?
pk2 kan la ye
daaaaa


Khamis, 9 Jun 2011

uNTuK sESAmA INSAN

hari ni aku nak balik kampung.. da lama tak jenguk orang tua aku.. tah apa kabo la dorang kat sana.. sambil tu dapat jugak tenangkan fikiran sebelum exam nanti.. sebelum balik ni, ingat nak update la sikit.. ok, aku nak tanya  ni, kalo korang balik kampung pernah tak terfikir nanti nak berhenti solat kat mana.. ke ko main redah je.. yang penting sampai.. jangan ler macam tu.. cuba tengok ni
*
*
*
*
*



*
*
*
so apa alasan korang lepas ni?
*
*
*
*
tu bagi yang dalam perjalanan
macam mana pulak yang bersukan?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
team bola malaysia kalo nak masuk wolrdcup
cuba la korang praktikkan macam dalam gambar tu ok
*
*
*
*
*
abang-abang askar pulak
kalo nak negara ni aman
solat jangan tinggal
mana tau dapat mati syahid nanti
syurga tempatnya
*
*
*
*
*
*
*
biar aku tanya lagi sekali
"apa alasan korang?"
ingat..solat tu tetap wajib walau macam mana pon keadaan kita pada masa tu
*
*
*

Ahad, 29 Mei 2011

HaRi bEliA nEgAra

          Dulu cekgu aku cakap, pempuan paling banyak masuk neraka.. aku ingat aku boleh sah kan bile aku ada kat alam akhirat nanti.. rupa-rupanya malam tadi aku da dapat tengok da.. ok, ini intro aku untuk entri kali ni

          kita terus ke isinya pulak k.. semalam aku pergi putrajaya.. ade hari belia negara atau lebih dikenali sebagai hari sejuta belia.. mungkin aku yang ke sejuta satu kot.. kenapa aku bukan di antara yang sejuta ni? sebab bila aku sampai je kat sane aku nampak lautan manusia.. then, dari jauh lagi aku da dengar lagu k-pop dikumandangkan.. oooo..SuJu datang.. patut la ade lagu korea..

          sape SuJu ni? eleh..takkan taktau kot.. alaaa yang menari-nari , muka jambu2 tu.. bukan maharaja lawak.. alaaa taktau jugak ke? Super Junior la.. kenal?
       
          so aku terus la lalu kat sane.. ni first ime aku jejakkan kaki kat konsert.. betol.. aku tak tipu.. tapi aku rase aku lalu je.. ada la berhenti kejap.. dari tepi aku tengok ramai gadis2 yang da konker bahagian depan.. serius aku tak kecewa.. menyampah ada la.. mana taknya.. sampai2 je SuJu da abes nyanyi da.. pastu die mencarut la dalam bahasa masing2.. serius memang aku tak paham langsung.. tapi yang lagi aku tak paham kenapa tetiba je ade pempuan jerit2.. dorang paham ke? lepas tu salah sorang dari anggota SuJu tu pon torai cakap BM.. "apa khabar".. ada la dalam 10 20 kali dia ulang.. pon ade jugak yang menjerit.. lepas tu aku pon torai la cakap macam tu jugak.. tapi kenapa dorang buat taktau je.. pening2.. serius aku pening.. lepas tu SuJu tu cakap lagi.. tapi kali ni dalam BI (bukan bahasa indon).. "I feel hot today, but not bcoz of the weather.. bcoz I see so many hot ladies in front of me".. penipu!.. so terpekik terlolong la pempuan kat depan tu.. suara laki aku tak dengar pon.. kalo ade pon suara member2 aku menganjing.. tu yang aku tetiba teringat kata2 cekgu aku tu(kat intro).. lepas aku da meluat dengan awek2 kat sane, aku pon teruskan la perjalanan aku

          lepas aku bla je..SuJu ni tarik sorang awek naik atas pentas.. lepas tu die peluk.. bengang! tapi takpe.. kalo awek tu di peluk SuJu aku pulak digesel oleh awek hot.. mana taknye.. tengah sedap2 aku jalan, tetiba aku rasa lebih sedap.. lepas tu sedap je awek tu jalan tanpa toleh belakang mintak maap.. da la langgar aku.. tapi takpe.. aku suka.. tah2 die pon sedap jugak langgar aku.. aku ingat kat pasar malam je aku kene gesel.. rupa-rupanya kat sana pon kene jugak.. aku hot ke? hahaha (sila jangan jawab)

          lepas tu aku nampak konsert lagi.. tapi kali ni orangnya tak ramai.. kemah pon kecik je.. rupanya rabbani tengah perform.. kali ni aku tak dok tepi.. aku join.. sekejap lepas tu, tetiba je da abes.. tapi.. haaa... ade tapi tau.. huhu.. lepas tu die panggil semua rakan artis naik pentas.. mula2 aku ingat nak bla je.. baru nak bla.. aku nampak awek shawl naik pentas.. patah balik..haaa..patah balik.. huiiiiyooooo.. heliza tu.. then dorang nyanyi ramai2.. dalam diam rupa2nya heliza minat kat aku rupanya.. tengah nyanyi asek dok usha aku je.. aku pon ape lagi.. blushing2 la..wawawa.. pastu kitorang pon bergambar la.. psssttt, nak tau tak? heliza pakai one drop perfume.. huhuhu.. aku tau die saje je pakai shawl sebab die tau aku minat awek shawl

aku kaburkan gambar and mata aku sebab aku taknak orang URTV cari aku..  nanti bila kami da bersedia, kami bagitau la bila tarikhnya... so korang sabar k

           masa buat persembahan tu heliza ajak nyanyi same2.. ajaibnya, lagu yang aku taktau liriknya, secara tiba2 aku boleh nyanyi.. hahahaha.. tu la namanya cinta.. kan za kan? (nama manje die za..hahaha)

          next, aku jalan lagi.. kali ni aku pergi bahagian askar pulak.. sempat la main polis sentri dengan dorang.. tak caye.. nah.. tengok gambar ni



          untuk pengetahuan korang.. tangan aku tu, aku buat cam pistol and jam abang askar tu lebih kurang macam jam aku je.. sila abaikan mata aku k.. lepas lepak dengan abang2 askar ni, aku lepak dengan member2 aku plak sambil nak tunggu champion league kol 2.45.. aku tengok dengan PM Najib tu.. ending yang best.. syaitan merah kalah.. hahaha

Khamis, 26 Mei 2011

DadAh peMBuNuh


          first skali aku nak bagitau yang dadah ni bukan diperbuat daripada dadih.. so, secara ringkasnya dadah ni bukanlah makanan ringan yang sesuka ati korang je nak makan.. dadah jugak bukan tepung gandum ataupun tepung penaik yang korang boleh buat roti.. so, kalo taknak berbuih mulut bila makan roti janganlah tambah dadah ni dalam adunan roti korang.. dari ayat-ayat kat atas tu aku harap korang da fahamlah yang dadah tu memang bahaya.. tapi!.. aku heran kenapa ada jugak yang suka makan dadah ni.. baik makan kopok bika.. 20 sen da dapat

bukannya gula-gula

          bagi aku stetmen "belia benci dadah" memang tokleh diterima pakai langsung.. sebab pe? sebab sekarang ni yang hisap dadah bukan belia je tapi dari sekolah rendah sampai la yang tua kerepot nak mampos.. yang aku tak paham sekarang ni, macam mana budak sekolah tu boleh beli dadah.. nak kata murah.. aku rasa dadah tu mahal.. lagi satu, tak pernah pulak aku tengok budak budak merengek sambil hentak-hentak kaki nak mintak dadah kat mak bapak dorang.. kalo nak beli patung power rangers tu pernah la.. bala-bala.. yang si tua kerepot tak sedar diri nak mampos ni pulak amek dadah nak buat pe.. ko memang da nak mati la..so, takyah kelam kabut nak mati cepat sangat.. baik ko duduk kat masjid.. mati dalam masjid lagi baik dari ko mati kat tepi longkang.. bala-bala

          tak cukup dengan hisap dadah.. korang pergi ragut beg orang pulak.. tak habis-habis nak menyusahkan orang la ko ni mat gian.. da tau diri tu banyak masalah jangan la buat masalah kat orang lain pulak.. kalo da tau takde duit, yang korang pergi gatal-gatal nak hisap dadah tu buat pe.. apa salahnya kalo korang gian hisap puting ke.. kan senang sikit mak ko nak jaga.. masuk dalam buai lepas tu terus tido.. takde la nak menyusahkan orang ramai

          mat gian ni bukan paham bahasa pon.. tak dapat ragut beg orang.. dia pergi merompak pulak.. tak mampu nak rompak bank.. dorang rompak duit mak bapak dorang.. kalo rompak je takpe jugak.. ni siap bunuh-bunuh lagi.. senang cakap, dadah ni bukan setakat boleh buat gian je tapi boleh buat sampai kita bunuh orang lain.. so, korang jangan la sekali-kali nak menggatal cuba-cuba hisap dadah ni ye.. banyak lagi yang korang boleh buat dari hisap dadah ni.. lagi-lagi bagi yang da kawin.. banyak masa lapang boleh diisi dengan bersenam bersama-sama dalam bilik.. takpon main indoor game ke..kan lagi best.. kalo gian yang tu takpe.. tapi yang da kawin je tau boleh buat!




          nasihat aku pada awek kaki hitam atau dalam bahasa pasarnya awek legging.. takyah la korang nak tunjuk kaki hitam korang kat mamat mamat niger ni.. tak bes pon kapel dengan dorang.. sebab dorang ni la yang banyak jadi pengedar dadah.. silap-silap korang pon terjebak sekali.. mula-mula ajak pergi bercuti kat luar negara.. bawak beg besar-besar.. kaya la kononnya..tapi tup2 dalam tu dadah.. akhirnya bercuti la dalam lokap la korang.. dapat makan free kan? bodoh!

         last sekali aku nak ajak la korang sama sama banteras dadah ni.. dadah ni bukan je tak best tapi boleh jugak buat kita mati cepat.. sape yang nak mati cepat kan? so, sama sama la kita benci dadah ni ok.. kalo ada sedara mara yang hisap dadah tu.. janganlah bia dia mati sorang-sorang.. bantulah dia supaya dapat hidup normal macam orang lain

Ahad, 15 Mei 2011

sEpeTAnG di pAdaNg MahSyAr

          sebenarnya bukan padang mahsyar betul betul pon.. padang mahsyar kat dunia je.. alaaa..kat pasar malam la.. tu pon taktau lagi ke.. kenapa aku panggil padang mahsyar.. mana taknye.. dia punya ramai tu sampai nak jalan pon susah.. tapi yang bestnya dapat men gesel-gesel dengan awek shawl.. hahaha.. aku tak buat macam tu k.. kalo ade pon awek tu yang sengaja menggesel aku.. maklumla artis M-pop la katakan..hihihi.. tips taknak kene gesel senang je.. sebelum pegi tu pakai la baju cantik2, wangi2,bedak tebal2 pastu xyah pakai seluar... hahaha.. cubalah, pasti berkesan

          kat sini la kita boleh tengok macam macam perangai manusia.. ade yang kuat makan.. ade yang save bajet.. yang bajet cantik pon ramai.. dan ade jugak yang gi pasar malam pakai selipar jepun je... termasuk la korang.. terasa tak.. terasa tak.. hakhak

        tapi yang paling best kat pasar malam  ni bila ade awek cun yang meniaga.. da kompom2 la aku akan singgah.. tapi sayangnya.. duit dalam dompet saya cuma ade 10 ribu je awak.. kalo ade 50 ribu kompom saya ajak awak kawen terus.. awek pasar malam pon awek pasar malam la.. yang penting awak orang bukan orang-orang.. kn3? yang lagi penting awak cun dan pandai pakai shawl.. shawl lagi..hakhak

          yang tak sedapnya kat pasar malam ni bila telinga aku disuapkan dengan suara suara merdu bak buluh perindu mamat-mamat yang nak promot barang die.."krim warisan ibunda..untuk gatal2,kurap2,panau2,tungau2,kutu baby,kutu lembu,kutu babon,kutu beruk,kutu rayau, dan bermacam kutu lagi..mai sapu tengok".. ahhh..tak menarik minat langsung.. aku M-pop, mana ade semua tu.. tak caye search la kat google.. ketiak pon tak berbulu taw..huhuhu

         kalo kat pasar malam ni aku suka tawaf banyak kali.. korang pon sama kan? janganlah nak memongak ok.. aku takpe.. aku spesel kes.. aku tawaf banyak2 ni sebab nak trening.. nanti gi haji senang.. tak pancit.. bluwerk!! hahaha..da abes membeli aku pon terus membelah la.. nak tunggu apa lagi.. nak tau ape yang aku beli.. ni sempat aku amek gambar ni.. tengok la



 "
"
"
 "
"
"
"
"
"
iye..betol.. aku tak tipu..
ok.. kalo tak caye jugak korang tanya la pakcik ni..
aku beli dekat kedai dia la
"
"
"

Sabtu, 7 Mei 2011

pOkEmoN thE nEw AdVenTuRe

ahhh..bosannya minggu ni...haaa..apekata kita tengok pokemon nak?...jom!






.
.
commercial break
.
.
who is that pokemon???!!
.
.
.
kembali beraksi bersama Ash dan rakan-rakannya
.
.
it is GAYMON..
.
.






yeah!!!!...bestnye!!!...tak sabar nak tunggu episod akan datang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...