Ahad, 18 Mac 2012

Lynas (extended)

 



apa beza antara Lynas, kilang, reaktor nuklear dan kuari?

kilang tu kilang la.. mcm kilang kayu, kilang besi, Lynas tu pon kilang tau x? kilang lynas..LYNAS!!!!!?? bahayaaaaaaa!!!!! meletop!!!! radiasiii~...lari-lariiiiii... selamatkan diri..boikot!!!!!!

reaktor nuklear..NUKLEAR!!!!!????? bahayaaaaaaa!!!!! meletop!!!! radiasiii~...lari-lariiiiii... selamatkan diri..boikot!!!!!!

kuari? alaaa... yang mcm lombong bijih timah tu.. takkan taktau kot? apada~

itu adalah kebanyakan daripada mentaliti kita.. mentaliti rakyat Malaysia amnya.. macam ni nak maju? macam ni nak capai wawasan 2020? macam ni nak bangunkan sains dan teknologi? kalau masih lagi kita diperbodohkan dengan media.. kalau kita masih lagi diperkotak-katikkan dengan penggunaan istilah lebih-lebih lagi istilah sains

ya, memang Lynas tu beradiasi.. reaktor nuklear tu beradiasi.. tp tau tak yang kuari tu pon beradiasi? malah lebih tinggi dari reaktor nuklear dan Lynas.... sebab apa lebih tinggi? sebab kita mana pernah nak kisah pon.. sebab apa tak pernah nak kisah? sebab tv surat kabo mane pernah nak cerita pon.. nampak tak tahap pengetahuan kita tahap mana? kenapa tak boikot? tp masih lg nak bercerita seperti professor kalo dengar pasal Lynas dan reaktor nuklear..

ramai pon yang da mati kat dalam kuari tu.. ramai jugak yang kene kanser ..pernah kita tahu?

reaktor nuklear = Lynas = radiasi = mati       .....amboi, suka hati korang je ek?

sebelom bincang lebih lanjut pasal radiasi.. meh aku nak tanya sikit, bape orang yang mati mase reaktor nuklear Fukushima tu meletop? n berapa ramai yang mati sebab tsunami yang berlaku pada masa yang sama di Fukushima? meh aku kongsi sikit fakta dekat korang

Sebuah gempa pada skala 8.9 di timur laut Jepun pada hari Jumaat, menyebabkan puluhan orang hilang nyawa, lebih dari 80 kes kebakaran, dan 10 meter (33 kaki) tsunami di sepanjang garis pantai bahagian negara itu. Dan bencana tidak berakhir dengan hal ini. Sebelas reaktor di empat lokasi dekat pantai timur laut Jepun ditutup pada prosedur kecemasan gempa bumi. Lima reaktor di dua lokasi di Wilayah Fukushima dalam keadaan bahaya kerana kehilangan tenaga elektrik dan tenaga elektrik simpanan. 

Pihak berkuasa keselamatan nuklear Finland menganggarkan kemalangan di Fukushima berada pada Tahap 6. Pada tarikh 24 Mac, seorang perunding untuk Greenpeace, bekerja dengan data dari ZAMG Austria dan Perancis IRSN, menyiapkan analisis di mana dia meletakkan pada tahap 7. 

Kemalangan itu menyebabkan pencemaran radiasi di sekitarnya seperti air, susu, sayur-sayuran dan bahan makanan lain. Masyarakat yang tinggal di persekitaran dipindahkan ke tempat yang selamat dan makanan dari kawasan itu dilarang untuk dijual. Yang ajaibnya, Kerajaan Jepun dapat menangani situasi dengan cara yang paling cekap dan menakjubkan daripada yang disangka. 

kematian disebabkan terkena radiasi berapa orang?????

cuba baca yang ini pulak.. alaaa, pasal kilang besi jek

Lebih dari 240 orang terkena radiasi ketika sebuah syarikat besi buruk di Goiania, Brazil, itu membuka sebuah mesin terapi radioaktif tanpa menyedari menyebabkan cesium klorida bahan kecil yang sangat radioaktif, tersebar kepada orang ramai. Kemalangan itu terjadi pada tarikh 13 September 1987. 

Kawasan di sekitarnya menjadi serius tercemar. Banyak bangunan diuji untuk kesan radiasi. Sebanyak 4 orang kehilangan nyawa dalam kemalangan ini. Kebanyakkan budak-budak tertarik dengan warna biru cerah dari bahan radioaktif itu, menyentuhnya dan menyapunya pada kulit mereka, sehingga pencemaran tersebar sehingga beberapa blok kota. 

so kenapa perlu bising bila sebut pasal Lynas sedangkan kita dibutakan dengan sumber-sumber radiasi yang lain yang tidak terkawal yang berada disekeliling diri kita.. 

BUKAK MATE TU BESOR-BESOR... 

sebab ini pendapat aku --->     Lynas = radiasi = mainan POLITIK = nak BUTAkan mate korang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...