Isnin, 28 November 2011

pEjam CeliK PejAm CeliK... tErSEdaR


mengimbas kembali sewaktu masa dulu.. aku murid yang jahat.. namun aku tetap ade matlamat hidup.. akulah di antara murid jahat yang ade matlamat dan maruah hidup..

setelah sedekad lebih, matlamat itu telah aku gapai.. *dan aku memang sengaja menggunakan ayat sentimental supaya cerita aku mirip mohabbatein.. (sambung balik) bangku sekolah yang rosak dan tak pernah dibaiki itu telah lama aku ditanggalkan.. panasnya telah lama hilang.. panas berganti panas.. siapalah agaknya gerangan yang akan memanaskan kerusi itu lagi.. mungkin kerusi itu sudah dibakar.. siapa tahu



kini usia meningkat ke alam kematangan.. tetapi raut wajah masih lagi kiut.. aku musykil..




ramai rakan seangkatan telah menjadi raja dan permaisuri.. tetapi sayangnya cuma satu hari.. hari-hari mendatang  yang ditempuh, mereka cumalah sekadar pengusaha kilang yang mempunyai sebuah kilang memproses yang cuma beroperasi sekali sekala sahaja..

dan aku masih lagi sendiri dijalan sepi.. mujur jalan itu tidak gelap.. ade cahaya dihadapan.. walaupun kaki ini gigih melangkah... tetapi penghujungnya masih jauh.. saatnya destinasi itu menjadi realiti masih lagi tidak dapat di anggar

relatif masa.. kadang-kadang terasa lambat ~kuliah~.. kadang-kadang terasa cepat ~main game~.. yang pasti pandang ke belakang ternampak sejarah peradaban yang tidak beradab.. yang jauh dihadapan adalah inovasi ciptaan yang perlu direka bentuk.. dan pandang dibawah adalah tapak berdirinya hakikat siapakah anda? jawab sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...