Sabtu, 24 September 2011

aKu seOraNg PenCuRi



ya.. aku memang jahat.. aku mencuri semalam

disebabkan seliper buruk aku kene kebas dek malaun mana tah.. aku terpaksa la mencuri selipar orang lain.. yela, takkan aku nak balik berkaki ayam je kot.. nanti ape pulak jemaah-jemaah yang lain cakap

aku harap selipar yang aku curi tu adalah hak milik rasmi si malaun tu.. sebab aku rase itu antara selipar yang terburuk kat situ.. antara selipar yang terburuk ye, bukan yang paling buruk.. jangan ingat aku takde taste ok

dan-dan la pulak aku nak balik kampung lepas tu.. so terpaksa la aku pakai selipar jepun yang buruk dan langsung tak bergaya tu.. masa kat TBS aku rase aku sorang je yang berselipar jepun.. tetiba pulak terasa hebat.. rasa macam nak je hentak kaki aku kuat-kuat masa jalan, biar satu TBS tau yang aku ni rare.. rare is handsome ok

sebelum nak balik tu.. aku tunggu la bas kat depan kolej aku.. apsal benda ni pun aku nak citer kan.. gelabah je aku ni.. sebenarnya ada perkara yang berlaku yang aku rase agak dungu dan tak patut dilakukan oleh seseorang yang berpelajaran tinggi macam dorang.. iaitu sekumpulan gadis-gadis yang jalan dekat bahu jalan sambil tergedik-gedik.. da la banyak kete, moto, lori dan bas lalu lalang kat situ.. eh,boleh pulak dorang main selamber je melintas.. lepas tu lintas balik sebelah sini.. macam orang takde arah tujuan je aku tengok.. tau la awak semua tu 1st year tapi tak payah la jadi jakun macam tu sekali.. kat rumah takde jalan raya ke?

berbalik pada tajuk asal.. tetiba je aku rase berdosa.. aku nak mintak maaf pada tuan selipar ni.. ye, memang selipar kau buruk tapi aku terpaksa.. minggu depan aku pulangkan balik ye.. pada pencuri selipar aku tu, satu je pesanan dari aku.. ko memang takde taste




p/s : mataku selalu dihatiku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...