Rabu, 17 Ogos 2011

sElamAt"kAh" hAri RaYa



semua orang sekarang ni mesti dalam mood raya kan? yela, lagi 2 minggu saja lebih kurang kita nak menyambut hari raya.. dicorong-corong radio pun sudah berkumandang lagu-lagu raya.. ada lagu yang menaikkan semangat kita nak beraya, ada juga yang syahdu bila didengar..

tidak sabar kita nak menyambut hari kemenangan kita kan.. tapi persoalannya layakkah kita nak menyambut hari kemenangan kita itu nanti? persoalan yang lebih sinis lagi, adakah kita benar-benar sudah menang?

untuk menjawab semua persoalan itu, mari kita merungkai perkara-perkara yang biasa kita lakukan

ada di antara kita, sebelum datang ramadhan lagi kita da bersemangat hendak menyambutnya.. semua persediaan dibuat demi menyambut bulan yang mulia ini.. tapi ada juga di antara kita, belum masuk bulan puasa lagi kita sudah memikirkan pasal raya.. tahun ni nak pakai baju apa, nak beli perabot itu ini dan bermacam lagi.. adakah ini dikatakan kemenangan sebenar.. logikkah apabila seseorang itu belum masuk medan pertempuran lagi tapi sudah bersiap sedia untuk menyambut kemenangan dengan begitu meriah sekali?.. satu lagi analogi yang boleh kita buat iktibar ialah jika perdana menteri kita datang ke rumah kita bersama timbalannya sambil perdana menteri itu berjalan dihadapan timbalannya, siapa yang patut kita salam atau sambut dahulu?.. adakah manis jika kita menyambut timbalannya terlebih dahulu? maka, di antara ramadhan dan syawal, siapa yang perlu disambut dahulu?

satu lagi perkara yang kita terlepas pandang ialah semasa menyambut ramadhan.. tentu ramai yang akan berkata, "puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga".. lepas itu ayat itu akan bertukar mnejadi,"wah..banyaknya aku beli juadah kat bazaar ramadhan tadi".. dekat mana selalu kita nampak ayat-ayat itu? dekat mana lagi kalau tidak status facebook kan? apa yang kita boleh jelaskan dekat sini ialah si dia telah kalah dalam peperangan dengan nafsunya.. jadi, layakkah dia nak menyambut hari kemenangan itu nanti?

bila tiba hari lebaran yang dinanti..segala kekalahan-kekalahan akan jelas terlihat apabila zikir, takbir, tasbih, dan tasmid diganti dengan cerita-cerita di televisyen.. yang kanak-kanak pula sibuk menghabiskan mercun-mercun mereka.. ziarah-menziarahi akan ditunda sehingga semua cerita ditelevisyen habis ditonton, mercun habis dibakar.. lebih seronok melihat tarian dan nyanyian berbanding memohon kemaafan

sekarang.. layakkah kita berhari raya? layakkah kita diucapkan dengan ucapan selamat hari raya? atau kita sepatutnya diucapkan dengan ucapan "selamatkah hari raya awak"? maka.. marilah kita sama-sama selamatkan hari raya kita semua

7 ulasan:

themissingikmal berkata...

kalo xrasa nak raya camner plak?

Silent berkata...

selamat hari raya

ZaTi NoWaT berkata...

entri yg bgus..keh3
siyes mcm ape yg bpak aku dk bleter dlm keta.kta ptt memeriahkan ramadan lg dr raya.

Tanpa Nama berkata...

setuju3!!!

zezolla_atin berkata...

selamat hari raya dan selamat berpuasa ! ^^

Atiqah Wadiah berkata...

IAllah hari raya kita akan slamat jika ramadhan kita sempurna :)

Anyyss Shuhaimi berkata...

dude! betul la. moga kita semua selamat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...