Apa itu 1000 UV.. UV itu bukanlah ultra violet.. apatah lagi ultrman.. kerana ia adalah sesuatu yang lebih hebat dari itu.. ia adalahhhhhhhhhh.. unique visitor! yeah!!!...
Bagaimana saya hendak mendapatkan UV sebanyak itu? caranya gampang sahaja.. anda perlulah mengikut beberapa tips yang saya hendak bagi ini..jom!
- pertama sekali buatlah tajuk gempak-gempak macam entri saya pada kali ini.. pasti ramai yang akan teruja untuk membacanya.
- selepas itu copy paste sahaja mana-mana blog yang ada tulis entri mengenai tajuk ini.. gunakan slogan "biar sama asalkan blog popular".. dalam erti kata lain.. popular la sangat.
- kemudian pergilah ke blog-blog blogger yang popular.. bodek sikit.. dengan harapan blog anda akan popular lepas tu... haktuih!
- anda juga mestilah pandai bermain dengan SEO.. dalam erti kata lain.. copy paste je tajuk entri aku kali ni.
- atau pun anda juga boleh mencari populariti murahan seperti mengaku kucing anda sudah tidak ada dara lagi.. anda pasti akan menjadi bahan bualan setiap bangsa manusia tidak kira warna kulit atau cara cebok masing-masing.
- blogwalking.. lepas tu anda puji la tuan blog tu lebih-lebih.. dengan harapan dia akan follow anda selepas itu.
Ada bermacam lagi tips yang saya hendak beri.. tapi saya rasa cukuplah dulu setakat ini.. semoga kita berjumpa lagi