Rabu, 7 November 2012

Tawaran Hebat Lakonan (Untuk Gadis-Gadis jek)

Shhhh..tolong jangan bagitau gadis-gadis yang kami ade menawarkan peluang berlakon yang cukup lumayan. syaratnye mudah sangat-sangat. Gadis-gadis tersebut mestilah :-

1. Tak kesah dipeluk atau dibelai-belai oleh mana-mana lelaki pon. tak kira bangsa, warna kulit mahu pon jenama baju yang mereka pakai.

2. Gadis tersebut juga mestilah sanggup dicium oleh atuk-atuk kerepot bajet hot apabila melakonkan watak sebagai anak,cucu ataupon skendel beliau.

3. Sanggup juga melakonkan adegan ngeri mandi di  dalam bilik air.

4. Tiada halangan untuk merokok di dalam kelab malam. Jenama rokok tidak akan disenaraikan.

5. Tahu cara-cara yang betul untuk berkemban menggunakan kain batik. Tak tau, boleh tengok kat youtube.

Serta mampu melakukan beberapa lagi aksi-aksi hebat untuk menjadi pedoman anak-anak muda kite diluar sane. Sape-sape atau mane-mane gadis yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar resume anda ke alamat e-mail seperti berikut: engkauberuk@yahoo.com

Selasa, 4 September 2012

bergaduh

asal tak kene sikit je nak bergaduh. asal x sependapat sikit je nak bergaduh. nak tgk tv pon kadang-kadang bergaduh. tak cukup dengan tu, pasal makan pun nak bergaduh jugak. asek bergaduh je kejenya. walaupun namanya bersaudara tapi tetap bergaduh. satu hari kalo tak timbulkan isu memang tak sah. asek nak bergaduh je. tu la, time kecik-kecik kan. budak-budak lagi. bergaduh je kejenye

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya :)

Apa yang mahu dilakukan pada malam & hari Raya nanti? 

•••► Ini antara amalan² sunnah;

1► Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).

2► Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil).

3► Memakai pakaian yg paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat.

4► Bertakbir selepas masuknya waktu maghrib & berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.

5► Pergi awal ke musolla bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat.

6► Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi & ketika pulang.

7► Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur).

8► Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa & istighfar.

9► Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya).

10► Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu."

Selasa, 31 Julai 2012

Malam Lailatul Qadr

Hari ni da masuk fasa kedua dalam bulan ramadhan.. lepas tu, pejam celik pejam celik da masuk fasa ketiga ramadhan.. sebelum masuknya fasa ketiga ni, aku nak kongsi sikit mengenai malam lailatul qadar..


Malam al-Qadr (atau lailatul qadr) adalah malam yang Allah muliakan dengan banyaknya keutamaan dan kebaikan. Ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.  Ibadah yang dikerjakan pada malam tersebut setanding dengan amalan kebaikan selama seribu bulan, iaitu 83 tahun 4 bulan. Sedangkan umur umat Muhammad puratanya hanyalah sekitar 60 hingga 70 tahun sebagaimana disebutkan dalam hadis.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ
“Umur umatku adalah di antara 60 hingga 70 tahun. Yang melebihi usia tersebut adalah amat sedikit sekali.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3550)
Tetapi Allah telah memuliakan mereka dengan adanya malam al-Qadr tersebut di setiap tahun pada bulan Ramadhan untuk beramal dengan ganjaran pahala selama amalan seribu bulan.
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Malaikat banyak yang turun pada malam tersebut kerana banyaknya kebaikan. Para malaikat turun bersamaan dengan turunnya keberkahan dan rahmat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/444)
Kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah, “Para Malaikat turun pada malam al-Qadr dengan membawa kebaikan, rahmat, dan barakah. Malam tersebut disebut malam kesejahteraan kerana banyaknya hamba Allah yang selamat dari siksaan disebabkan ketaatannya kepada Allah.” (Majalis Syahri Ramadhan, m/s. 252-253).
Baginda juga bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dengan keimanan dan mengharap pahala Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharap pahala Allah, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1901)
Demikianlah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan betapa Ramadhan penuh dengan peluang keampunan dosa-dosa. Antaranya dengan berpuasa dan menghidupkan malam al-Qadr dengan keimanan dan mengharap pahala Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka ya Allah, ampunilah kami dari dosa-dosa kami.

Ahad, 18 Mac 2012

Lynas (extended)

 



apa beza antara Lynas, kilang, reaktor nuklear dan kuari?

kilang tu kilang la.. mcm kilang kayu, kilang besi, Lynas tu pon kilang tau x? kilang lynas..LYNAS!!!!!?? bahayaaaaaaa!!!!! meletop!!!! radiasiii~...lari-lariiiiii... selamatkan diri..boikot!!!!!!

reaktor nuklear..NUKLEAR!!!!!????? bahayaaaaaaa!!!!! meletop!!!! radiasiii~...lari-lariiiiii... selamatkan diri..boikot!!!!!!

kuari? alaaa... yang mcm lombong bijih timah tu.. takkan taktau kot? apada~

itu adalah kebanyakan daripada mentaliti kita.. mentaliti rakyat Malaysia amnya.. macam ni nak maju? macam ni nak capai wawasan 2020? macam ni nak bangunkan sains dan teknologi? kalau masih lagi kita diperbodohkan dengan media.. kalau kita masih lagi diperkotak-katikkan dengan penggunaan istilah lebih-lebih lagi istilah sains

ya, memang Lynas tu beradiasi.. reaktor nuklear tu beradiasi.. tp tau tak yang kuari tu pon beradiasi? malah lebih tinggi dari reaktor nuklear dan Lynas.... sebab apa lebih tinggi? sebab kita mana pernah nak kisah pon.. sebab apa tak pernah nak kisah? sebab tv surat kabo mane pernah nak cerita pon.. nampak tak tahap pengetahuan kita tahap mana? kenapa tak boikot? tp masih lg nak bercerita seperti professor kalo dengar pasal Lynas dan reaktor nuklear..

ramai pon yang da mati kat dalam kuari tu.. ramai jugak yang kene kanser ..pernah kita tahu?

reaktor nuklear = Lynas = radiasi = mati       .....amboi, suka hati korang je ek?

sebelom bincang lebih lanjut pasal radiasi.. meh aku nak tanya sikit, bape orang yang mati mase reaktor nuklear Fukushima tu meletop? n berapa ramai yang mati sebab tsunami yang berlaku pada masa yang sama di Fukushima? meh aku kongsi sikit fakta dekat korang

Sebuah gempa pada skala 8.9 di timur laut Jepun pada hari Jumaat, menyebabkan puluhan orang hilang nyawa, lebih dari 80 kes kebakaran, dan 10 meter (33 kaki) tsunami di sepanjang garis pantai bahagian negara itu. Dan bencana tidak berakhir dengan hal ini. Sebelas reaktor di empat lokasi dekat pantai timur laut Jepun ditutup pada prosedur kecemasan gempa bumi. Lima reaktor di dua lokasi di Wilayah Fukushima dalam keadaan bahaya kerana kehilangan tenaga elektrik dan tenaga elektrik simpanan. 

Pihak berkuasa keselamatan nuklear Finland menganggarkan kemalangan di Fukushima berada pada Tahap 6. Pada tarikh 24 Mac, seorang perunding untuk Greenpeace, bekerja dengan data dari ZAMG Austria dan Perancis IRSN, menyiapkan analisis di mana dia meletakkan pada tahap 7. 

Kemalangan itu menyebabkan pencemaran radiasi di sekitarnya seperti air, susu, sayur-sayuran dan bahan makanan lain. Masyarakat yang tinggal di persekitaran dipindahkan ke tempat yang selamat dan makanan dari kawasan itu dilarang untuk dijual. Yang ajaibnya, Kerajaan Jepun dapat menangani situasi dengan cara yang paling cekap dan menakjubkan daripada yang disangka. 

kematian disebabkan terkena radiasi berapa orang?????

cuba baca yang ini pulak.. alaaa, pasal kilang besi jek

Lebih dari 240 orang terkena radiasi ketika sebuah syarikat besi buruk di Goiania, Brazil, itu membuka sebuah mesin terapi radioaktif tanpa menyedari menyebabkan cesium klorida bahan kecil yang sangat radioaktif, tersebar kepada orang ramai. Kemalangan itu terjadi pada tarikh 13 September 1987. 

Kawasan di sekitarnya menjadi serius tercemar. Banyak bangunan diuji untuk kesan radiasi. Sebanyak 4 orang kehilangan nyawa dalam kemalangan ini. Kebanyakkan budak-budak tertarik dengan warna biru cerah dari bahan radioaktif itu, menyentuhnya dan menyapunya pada kulit mereka, sehingga pencemaran tersebar sehingga beberapa blok kota. 

so kenapa perlu bising bila sebut pasal Lynas sedangkan kita dibutakan dengan sumber-sumber radiasi yang lain yang tidak terkawal yang berada disekeliling diri kita.. 

BUKAK MATE TU BESOR-BESOR... 

sebab ini pendapat aku --->     Lynas = radiasi = mainan POLITIK = nak BUTAkan mate korang 

Sabtu, 25 Februari 2012

Lynas tu bahaya ke?

sebut je pasal Lynas semua terus jadik gelabah.. terus ingat pasal Fukushima.. takut-takut nanti kalau kilang Lynas tu meletop, Malaysia akan jadi huru hara macam Jepun.. berlari sana, berlari sini.. terpekik terlolong.. negara jadik kucar kacir.. eh, dorang jadik macam tu sebab tsunami la bukan 100% sebab reaktor nuklear meletop..

lagi satu, Lynas ni bukan reaktor bang oi.. takdenye die nak meletop macam Fukushima tu.. kecoh je.. sebut pasal nuklear sikit terus je pikir pasal radiasi.. meletop sana, meletop sini.. tapi sebenarnya, korang tau tak ape tu radiasi? aku tengok masing-masing cakap macam professor je.. nak jugak belajar dari korang ape tu radiasi.. ambe tak paham la..hehe

semua orang takut, sebab Lynas dekat dengan kawasan perumahan.. takut semua orang taknak duduk sane..nanti gambang, kuantan, kemaman jadi bandar berhantu..wuuuuu~

pernah fikir pe maksud gambar ni?
                                                   \
                                                     \
                                                       \---------------->














pernah nampak kat mane-mane tak? dekat sekeliling rumah anda ada? hehe..bercakaplah menggunakan mulut, akal, dan ilmu k

Sabtu, 4 Februari 2012

SireN meSin bLoweR SamPah



jika di korea utara, mereke dikejutkan dengan bunyi siren di pagi hari tetapi aku di sini di kejutkan dengan bunyi blower yang menyakitkan jiwa dan raga..

aku tahu kerja engkau murni.. membersihkan serta mencantikkan tempat aku belajar tapi aku tetap sakit hati dengan bunyi mesin blower kau..aku harap suatu hari nanti ada seorang insan yang yang berjaya mencipta suatu mesin blower yang mengeluarkan bunyi piano yang mendamaikan..kalau dapat bunyi macam lagu zamani pon da kira cukup ok la tu.. baru aman sikit aku nak tido

ya, aku tau.. tanpa engkau mungkin tandas aku kotor dan berbau ditambah pula dengan tahi bangsa yang selamanya tak pandai basuh berak menggunakan air.. jika ditanya kenapa engkau hebat berbangsa melayu? jawablah, saya hebat menjadi melayu kerana saya cebok guna air.. kemudian cabar mereka cebok menggunakan air.. saya pasti mereka akan terketar-ketar dan mungkin ada yang buat-buat pengsan sebab terlalu takut dengan cabaran anda.. inilah masanya kita nak menang

tetapi! kenapa engkau tak gunakan pengaut sampah je? kan lebih senyap dan menjimatkan minyak.. cubalah fahami kami.. kami stress dengan asaimen! kami taknak terjun bangunan disebabkan bunyi mesin blower tu.. tak macho langsung tahu.. kasihanilah kami.. kami merayu


Jumaat, 20 Januari 2012

SalAh TeTaP SalAh



ayat yang biasa dituturkan oleh remaja urban kita sekarang ni.."excuse me, at least I buat jahat depan-depan..tak macam U..HIPOKRIT!"

Hello~~~ kalo da buat jahat tu tetap tergolong dalam kategori jahat.. mana ade jahat yang baik.. kalo macam tu baik si pencuri tabung masjid tu mencuri time khatib tengah baca khutbah.. at least die mencuri depan-depan..kan?

tak kira la depan-depan ke sembunyi-sembunyi ke.. salah tetap salah.. rasuah berjuta-juta secara senyap-senyap, kalo terkantoi tetap kene penjara setahun.. berdemonstrasi secara terang-terangang tetap kena gantung pengajian setahun setengah.. so?

rakib dan atib tetap ade mencatat amalan kita seharian.. setiap saat tak kira tempat, mase dan waktu.. samada ade orang nampak ke tidak

satu lagi... udah-udah le berdoa dekat wall pesbuk.. "Ya Allah..kenapa la aku ni malas sangat nak belajar..jadikanlah aku seorang yang rajin ya Allah..amin ya rab"... last-last, dok mengomen, mengelike komen-komen yang orang lain post.. kesudahannya tak kemana..masa abes dengan mengomen

apa la salahnya amek air sembahyang.. bentang sejadah.. solat.. mintak doa sungguh-sungguh dengan Allah.. yang ko gi mintak dengan mark zukebek kat wall pesbuk tu buat pe.. die bantai gelak je pe yang ko post.. yela,  dia bukan paham pon pe yang ko tulis.. cuba kalo mintak dengan Allah.. Allah paham semua bahasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...