Ahad, 14 Ogos 2011

NikMaT mELihAt Allah SWT



dalam entri yang lepas.. kita dapat tahu bagaimana nikmatnya syurga firdaus itu.. ditambah lagi dengan nikmat melihat Allah swt yang maha agung dua kali dalam sehari..

tapi bagaimana dengan penghuni syurga yang lain?

jangan risau.. sebab diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga..  pada suatu hari yang ditentukan, Allah swt menyuruh malaikat Jibrail untuk membawa semua ahli syurga ke sebuah perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus.. di mana ia terletak di dalam syurga yang bernama syurga Khuldi

di sana, mereka telah dikumpulkan untuk menghadiri suatu perhimpunan agung.. mereka telah diberikan makanan yang lazat.. semakin di makan semakin lazat rasanya.. mereka juga di berikan minuman yang lazat di mana setiap teguk semakin lazat rasanya

kemudian mereka di hadiahkan dengan pakaian syurga oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah swt.. tubuh mereka disaluti dengan perhiasan yang amat baik dan tinggi nilainya.. setiap cincin yang dipakainya tersurat kalimat-kalimat suci yang memuji kebesaran Allah swt. mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata yang bergemelapan

kemudian Allah swt memerintahkan Jibrail untuk memberi pula bau-bauan kepada semua tetamu Allah swt.. maka, muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya.. ia terbang di dalam taman syurga itu sambil mengembangkan sayapnya.. maka terperciklah bau-bauan yang sangat harum

seketika kemudian, secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur.. malaikat Jibrail mara ditengah-tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa as untuk naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab taurat.. Nabi Musa as pun memperdengarkan bacaan taurat dengan lembut dan jelas sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput pula nabi Isa as untuk naik ke mimbar untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil.. setelah itu tibalah giliran Nabi Daud pula untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur.. baginda memperdengarkan bacaan kitab Zabur itu dengan suara yang amat merdu sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput Rasulullah saw untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan suara yang paling merdu yang tidak pernah didengar oleh manusia sebelum ini.

setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia.. tiba-tiba terdengarlah suatu suara yang paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu.. suara itu merupakan 'kalam'(perkataan) Allah swt sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli syurga tersebut..

"Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang telah Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh meminta dan nescaya Aku akan berikan permintaanmu"

jawab ahli syurga berulang-ulang,
"kami minta redhaMu, kami minta redhaMu..."

dijawab oleh Allah swt,
"Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku akan muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima "

maka dibukakan hijab sehingga mereka dapt melihat zat Allah swt yang maha mulia.. maka segeralah mereka bersujud kepada Allah swt sehingga Allah menyuruh mereka,
"angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat"

maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar berbanding nikmat melihat zat Allah swt yang maha mulia.. 

7 ulasan:

tieykah berkata...

terasa gembira tatkla membaca nikmat yang dikurniakan.:)

Nad berkata...

subhanallah...

L berkata...

tq for d info.. nice en3

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

fadh leyanie berkata...

perkongsian berguna ^^

silent berkata...

shabas

senyumSOYA berkata...

subhanallah.. indahnya syurga indahnya lagi melihat Allah... semoga diberi peluang utk terus ke syurga..insyaALLAH..^^"

ZORA berkata...

penuh informasi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...