Rabu, 17 Ogos 2011
sElamAt"kAh" hAri RaYa
semua orang sekarang ni mesti dalam mood raya kan? yela, lagi 2 minggu saja lebih kurang kita nak menyambut hari raya.. dicorong-corong radio pun sudah berkumandang lagu-lagu raya.. ada lagu yang menaikkan semangat kita nak beraya, ada juga yang syahdu bila didengar..
tidak sabar kita nak menyambut hari kemenangan kita kan.. tapi persoalannya layakkah kita nak menyambut hari kemenangan kita itu nanti? persoalan yang lebih sinis lagi, adakah kita benar-benar sudah menang?
untuk menjawab semua persoalan itu, mari kita merungkai perkara-perkara yang biasa kita lakukan
ada di antara kita, sebelum datang ramadhan lagi kita da bersemangat hendak menyambutnya.. semua persediaan dibuat demi menyambut bulan yang mulia ini.. tapi ada juga di antara kita, belum masuk bulan puasa lagi kita sudah memikirkan pasal raya.. tahun ni nak pakai baju apa, nak beli perabot itu ini dan bermacam lagi.. adakah ini dikatakan kemenangan sebenar.. logikkah apabila seseorang itu belum masuk medan pertempuran lagi tapi sudah bersiap sedia untuk menyambut kemenangan dengan begitu meriah sekali?.. satu lagi analogi yang boleh kita buat iktibar ialah jika perdana menteri kita datang ke rumah kita bersama timbalannya sambil perdana menteri itu berjalan dihadapan timbalannya, siapa yang patut kita salam atau sambut dahulu?.. adakah manis jika kita menyambut timbalannya terlebih dahulu? maka, di antara ramadhan dan syawal, siapa yang perlu disambut dahulu?
satu lagi perkara yang kita terlepas pandang ialah semasa menyambut ramadhan.. tentu ramai yang akan berkata, "puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga".. lepas itu ayat itu akan bertukar mnejadi,"wah..banyaknya aku beli juadah kat bazaar ramadhan tadi".. dekat mana selalu kita nampak ayat-ayat itu? dekat mana lagi kalau tidak status facebook kan? apa yang kita boleh jelaskan dekat sini ialah si dia telah kalah dalam peperangan dengan nafsunya.. jadi, layakkah dia nak menyambut hari kemenangan itu nanti?
bila tiba hari lebaran yang dinanti..segala kekalahan-kekalahan akan jelas terlihat apabila zikir, takbir, tasbih, dan tasmid diganti dengan cerita-cerita di televisyen.. yang kanak-kanak pula sibuk menghabiskan mercun-mercun mereka.. ziarah-menziarahi akan ditunda sehingga semua cerita ditelevisyen habis ditonton, mercun habis dibakar.. lebih seronok melihat tarian dan nyanyian berbanding memohon kemaafan
sekarang.. layakkah kita berhari raya? layakkah kita diucapkan dengan ucapan selamat hari raya? atau kita sepatutnya diucapkan dengan ucapan "selamatkah hari raya awak"? maka.. marilah kita sama-sama selamatkan hari raya kita semua
Ahad, 14 Ogos 2011
NikMaT mELihAt Allah SWT
dalam entri yang lepas.. kita dapat tahu bagaimana nikmatnya syurga firdaus itu.. ditambah lagi dengan nikmat melihat Allah swt yang maha agung dua kali dalam sehari..
tapi bagaimana dengan penghuni syurga yang lain?
jangan risau.. sebab diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga.. pada suatu hari yang ditentukan, Allah swt menyuruh malaikat Jibrail untuk membawa semua ahli syurga ke sebuah perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus.. di mana ia terletak di dalam syurga yang bernama syurga Khuldi
di sana, mereka telah dikumpulkan untuk menghadiri suatu perhimpunan agung.. mereka telah diberikan makanan yang lazat.. semakin di makan semakin lazat rasanya.. mereka juga di berikan minuman yang lazat di mana setiap teguk semakin lazat rasanya
kemudian mereka di hadiahkan dengan pakaian syurga oleh malaikat Jibrail atas perintah Allah swt.. tubuh mereka disaluti dengan perhiasan yang amat baik dan tinggi nilainya.. setiap cincin yang dipakainya tersurat kalimat-kalimat suci yang memuji kebesaran Allah swt. mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata yang bergemelapan
kemudian Allah swt memerintahkan Jibrail untuk memberi pula bau-bauan kepada semua tetamu Allah swt.. maka, muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya.. ia terbang di dalam taman syurga itu sambil mengembangkan sayapnya.. maka terperciklah bau-bauan yang sangat harum
seketika kemudian, secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur.. malaikat Jibrail mara ditengah-tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa as untuk naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab taurat.. Nabi Musa as pun memperdengarkan bacaan taurat dengan lembut dan jelas sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput pula nabi Isa as untuk naik ke mimbar untuk memperdengarkan bacaan kitab Injil.. setelah itu tibalah giliran Nabi Daud pula untuk memperdengarkan bacaan kitab Zabur.. baginda memperdengarkan bacaan kitab Zabur itu dengan suara yang amat merdu sekali.. kemudian malaikat Jibrail menjemput Rasulullah saw untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan suara yang paling merdu yang tidak pernah didengar oleh manusia sebelum ini.
setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia.. tiba-tiba terdengarlah suatu suara yang paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu.. suara itu merupakan 'kalam'(perkataan) Allah swt sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli syurga tersebut..
"Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang telah Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh meminta dan nescaya Aku akan berikan permintaanmu"
jawab ahli syurga berulang-ulang,
"kami minta redhaMu, kami minta redhaMu..."
dijawab oleh Allah swt,
"Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku akan muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima "
maka dibukakan hijab sehingga mereka dapt melihat zat Allah swt yang maha mulia.. maka segeralah mereka bersujud kepada Allah swt sehingga Allah menyuruh mereka,
"angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat"
maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar berbanding nikmat melihat zat Allah swt yang maha mulia..
Selasa, 9 Ogos 2011
kElebiHaN sYurgA Firdaus
tapi tahu tak kamu semua bahawa ada lagi keistimewaan syurga firdaus ini selain yang telah disebut di atas tadi.. antara keistimewaan lain syurga firdaus ini ialah penghuninya akan dapat melihat Allah 2 kali dalam sehari..ya, dua kali dalam sehari.. iaitu pada waktu pagi dan petang.. inilah antara nikmat yang paling tertinggi sekali di dalam syurga
segala yang ada di syurga itu adalah indah-indah belaka.. jauh lebih indah dari apa yang kita pernah lihat di muka bumi ini.. tapi perkara yang paling indah di syurga ialah pandangan terhadap Allah swt
adapun cara melihat Allah bukanlah seperti kita melihat dengan mata biasa tapi dengan cara yang telah ditentukan oleh Allah swt
Rasulullah saw pernah bertanya kepada Jibrail, "hai Jibrail, pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibrail, "bahawa antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangNya."
pernah Nabi Musa as meminta kepada Allah swt untuk mlihatNya. tapi baru saja Allah swt menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu terus bergegar dan hancur sehingga Nabi Musa as jatuh pengsan.
gunung yang kukuh pun hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula kita manusia yang lemah
gunung yang kukuh pun hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula kita manusia yang lemah
Rabu, 3 Ogos 2011
sUnGai-Sungai sYuRgA
- sungai madu,
- sungai khamar yang tidak memabukkan,
- sungai susu dan
- sungai air jernih
"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat yang paling terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arash Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga"
(hadis riwayat Bukhari)
mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT iaitu muqarrabin.. manakala orang-orang yang berbuat baik pula (abrar), maka Allah SWT memberi mereka air yang bercampur kafur iaitu air dingin yang baunya wangi dan zanzabil iaitu air halia yang segar dan wangi..
Langgan:
Catatan (Atom)