Selasa, 23 Disember 2014

Rindu Gilerrr Zaman 90-an



Banyak sebab kenapa aku rindukan zaman 90-an ni...zaman di mana aku masih lagi lap hingus guna tie sekolah..hahaha..habis bercapuk-capuk tie sekolah aku..dekat bawah ni aku ada karang sikit la antara perkara lain yang aku rindu masa zaman 90-an dulu-dulu :-

1) rindu zaman bolasepak Malaysia yang tak di ganggu dengan peminat-peminat wanita yang agak serabut dan agak menjengkelkan bila perempuan da mula minat bola ni..kadang-kadang tak faham samada dorang minat bola atau sekadar melepaskan nafsu mereka dengan melihat sekumpulan lelaki di atas padang. perempuan pon ada nafsu ye tuan-tuan.

2) rindu lepak dekat warung yang cuma ada dam haji takpun carom. zaman sekarang nama je lepak warung tapi macam duduk dekat library je. senyap. fokus. masing-masing dengan gadget masing. megah.

3) rindu zaman sekolah dulu-dulu sebab boleh bawak duit 30 sen je tapi boleh makan mewah. kalau bawak singgit siap ada balance lagi. zaman sekarang ni 3 ringgit pon belum tentu cukup. kampung, bandar, desa, pekan semua sama je.

4) rindu nak tengok gambar dalam album gambar. bila time balik kampung mesti bende tu yang aku cari dulu. mana tak seronoknya. yela, satu kamera kongsi ramai-ramai. satu album gambar kongsi ramai-ramai. satu keping gambar pon kongsi ramai-ramai sebab nak jimat kodak. so keseronokannya pon akan di kongsi beramai-ramai. zaman sekarang, kamera sendiri, bergambar sendiri, amek gambar pon sendiri. tu yang ketawa sendiri-sendiri tu.

5) rindu zaman dulu sebab remaja-remaja susah nak jadi artis, susah nak masuk tv dan pelajar-pelajar universiti sangat laku dipasaran. tapi zaman sekarang ni jelas perkara tu da terbalik. yang sebaliknya pulak berlaku..hmmmmm...

6) rindu zaman dulu bila tengok pakcik makcik bertunang tak payah pakai pelamin pon. anak berbelas-belas jugak. zaman sekarang ni bertunang da macam kenduri kawen. dengan pelaminnya, mekapnya lagi. siap ada jurukamera kottt. koyak poket nak bertunang.

tu la, kalau nak diceritakan banyak lagi yang ada pada zaman dulu tapi da berubah pada zaman sekarang ni. yang tinggal hanya nostalgia. mengimbau kenangan sewaktu minum teh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...